Sayangilah ibu anda..

January 7th, 2007 by cayroll

Iii Jangan biarkan ibu hidup sebatang kara

SEORANG wanita berusia dalam lingkungan 70-an tinggal erseorangan di rumahnya di sebuah pekan tidak jauh dari Kuala Lumpur. Anak-anaknya yang masing-masing mempunyai keluarga sendiri, tinggal berjauhan termasuk beberapa orang di ibu negara.

Tidak tahu mengapa wanita itu enggan tinggal bersama anaknya. Mungkin dia tidak selesa tinggal bersama mereka kerana tiada kebebasan seperti di rumah sendiri.

Anak-anak beliau pula jarang menjenguknya kerana masing-masing kesibukan dengan urusan kerja dan hal-ehwal keluarga.

Pada suatu hari, entah bagaimana salah seorang anak menelefon si ibu. Disebabkan telefon tidak diangkat, dia terus bergegas ke rumah ibunya. Alangkah terkejutnya si anak apabila mendapati si ibu sudah tidak bernyawa lagi di atas katilnya. Menurut doktor, si ibu telah meninggal dunia tiga hari sebelum ditemui.

Ini kisah benar yang diceritakan kepada Mualim oleh seorang rakan yang mempunyai pertalian keluarga dengan wanita berkenaan.

Mualim percaya anak-anak Allahyarham menyesal tidak sudah kerana membiarkan si ibu hidup sebatang kara. Apa salahnya pujuk si ibu supaya tinggal bersama salah seorang daripada mereka. Orang tua memang sensitif. Jika diajak sambil lewa, mereka tidak akan meninggalkan rumah sendiri sekalipun menghadapi pelbagai kesusahan hidup bersendirian.

Andainya si ibu masih berkeras tidak mahu meninggalkan rumah di kampung, apa salah menggaji seorang pembantu untuk menjaganya. Tentulah ada saudara-mara atau jiran yang sanggup menjenguknya setiap hari.

Paling tidak, jika ibu sudah tua dan uzur, pastikan menelefonnya setiap hari. Benarlah kata pujangga bahawa seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tetapi 10 anak tidak boleh menjaga seorang ibu.

Sebenarnya kisah ibu tinggal sebatang kara bukanlah fenomena yang luar biasa pada zaman sekarang. Ini zaman anak-anak tidak lagi tinggal bersama ibu bapa apabila dewasa, apatah lagi apabila sudah berumah tangga.

Ini juga zaman anak-anak kadang kala terlupa kepada ibu bapa, pada hal sebagai umat Islam mereka sentiasa diperingatkan supaya menjaga ibu bapa.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku kamu kembali.” 31:14

Jika difahami maksud ayat ini, barang siapa yang tidak berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa ertinya mereka juga tidak bersyukur kepada Allah.

Perubahan cara hidup ekoran kemajuan pendidikan dan pembangunan yang merubah pertanian kepada industri dan mendorong perpindahan dari desa ke bandar, turut mengubah struktur kekeluargaan besar di kampung kepada famili kecil di bandar.

Di kampung dulu, tali persaudaraan amat kukuh walaupun hubungan darah sudah agak jauh. Saudara dua pupu dirasai bagaikan adik-beradik. Seorang tua yang sakit di kampung akan dirawat oleh ramai sanak-saudara. Di bandar kini, seorang lelaki atau wanita tua yang kehilangan pasangan akan hidup kesunyian jika tidak tinggal bersama anak-anak.

Sepatutnya anak lelaki yang bertanggung jawab menjaga si ibu atau bapa, tetapi lebih lumrah anak perempuan yang memikul tanggung jawab ini.

Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa lelaki sentiasa bertanggungjawab terhadap ibunya, tetapi wanita pula mestilah mengutamakan suami apabila berkahwin. Entah di mana silapnya, kita dapati pada zaman ini anak perempuan pula yang lebih bertanggungjawab terhadap ibu bapa.

Barangkali kaum lelaki lebih mentaati isteri daripada ibu bapa setelah berkahwin. Si isteri pula mudah merajuk jika suami memberikan lebih perhatian kepada ibu.

Keadaan ini amat pincang. Sepatutnya wanita mestilah memberikan layanan baik kepada ibu mertua kerana ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab mentaati suami. Si ibu yang dilayani menantu perempuan dengan baik, hendaklah membalas dengan kasih sayang sama seperti yang diberikan kepada anak lelakinya.

Namun perkara ini hanya mudah dicakap, tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana kebanyakan manusia beriman kepada Allah dan Rasul hanya di bibir sahaja. Kepercayaan kepada kitab Allah (al-Quran) hanya bersifat ilmiah, iaitu sekadar untuk mengetahui isi kandungannya. Mengamalkan apa yang dipelajari jauh sekali.

Malahan lebih ramai yang menjaga hubungan dengan ibu bapa berdasarkan norma yang tidak berasaskan agama. Ini bukan sahaja berlaku di kalangan yang tidak berilmu agama, malah di kalangan orang-orang yang bergelar ustaz.

Jika berilmu tetapi tidak melaksanakannya, ertinya seorang itu sudah fasik. Lama kelamaan dia boleh kehilangan iman yang masih ada sedikit dalam dirinya.

Mualim tidak sengaja mengada-adakan cerita sebagai bahan ruangan ini. Seorang rakan Mualim yang berkelulusan Al-Azhar telah tidak bertegur sapa dengan ibu bapanya sendiri kerana perselisihan faham mengenai isterinya.

Akhirnya si ibu rakan Mualim itu meninggal dunia sebelum anaknya sempat menuntut maaf. Menangis air mata darah sekalipun, Mualim pasti si ustaz itu tetap melakukan satu dosa besar yang tidak patut dilakukannya. Nauzubillah

Tips Mengesan Kecurangan Pasangan..Huhu

December 14th, 2006 by cayroll

Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada? Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan.

Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda. Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya.. sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan. Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya. Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

Tidak lagi rajin menelefon anda Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung. Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan. Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu. Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa. Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

Asyik lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa! Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

Menerima panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan. Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda! Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

Telefon bimbitnya asyik engaged, tidak berjawab atau terus mati Ketika anda cuba menghubunginya, handsetnya sering mati.. Jika tidak mati, taliannya asyik busy, tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung. Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang. Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

Kerap memberi alasan sibuk dan penat Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda. Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat. Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu. Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya. Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu, mungkin anda dapat memahami. Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga. Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain. Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.

Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain. Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita. Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya, sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu. Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya. Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang. Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan, tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat. Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia. Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!

Kepada Couple2 di Malaysia…

December 9th, 2006 by cayroll
Antara Pasangan bukan mahram & Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan: Staring_contest_by_tegehel

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ‘Bergomolan dengan :censored: (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram’

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ‘Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Dunia Hampir Kiamat??..

December 9th, 2006 by cayroll

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun… sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah… daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket… Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi… Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi… Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065… .

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007… Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa… . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062… .

*** Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066… .
Wallahu’alam…35419160932983l

Semua ini telah dikaji… Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun… Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun… Cubalah anda kirakan sendiri… Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian…

Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan Islam anda… Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T… ..

Jihad Mujahidin Islam Di Ambon 1998…

December 7th, 2006 by cayroll

Pada tahun 1998, orang-orang Kristian telah menyerang dan membakar sebuah perkampungan Islam bersama masjidnya sekali. Orang-orang Islam gempar lalu mengadukan hal itu kepada pemerintah. Pihak pemerintah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Selang dua minggu kemudian, Pasukan Merah (Kristian) menyerang dan membakar sebuah lagi perkampungan Islam bersama masjidnya. Orang-orang Islam seluruh Ambon masih bersabar dan tidak bertindak balas. Inilah akhlak mulia penganut agama Islam yang nyata jauh berbeza dengan orang bukan Islam. Mereka terus mengadu kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa berjanji untuk menangkap dan mengadili petualang-petualang tersebut.

Dua minggu selepas itu, sebuah lagi kampung orang Islam diserang dan dibakar. Hangus kesemuanya. Sikap melampau penganut Kristian ini adalah kerana mereka merasakan yang orang Islam langsung tidak sensitif. Memang inilah pula sikap kebanyakan umat Islam hari ini. Contohnya dalam kes murtad (keluar daripada Islam). Semua orang tahu begitu banyak orang Islam murtad tetapi langsung tidak mahu bertindak apa-apa. Sekurang-kurangnya jadikanlah ia sebagai bahan perbualan bersama kawan-kawan. Selain itu, sokonglah pihak-pihak yang mahu berusaha membenteras gejala ini.

Walaupun sudah tiga buah kampung dijadikan padang jarak padang tekukur, namun alim ulama Islam di Ambon masih bersabar dan belum mahu mengeluarkan arahan untuk bertindak balas. Kristian semakin bermaharajalela. Mereka merancang sesuatu yang jauh lebih besar, iaitu untuk menghapuskan seluruh jiwa dan harta-benda umat Islam Ambon.

Menjelang Hari Raya Aidil Fitri pada malam 27 Ramadhan tahun 1999 lalu (inilah Tragedi Idul Fitri Berdarah), orang-orang Kristian dari luar terutamanya Maluku berbondong-bondong datang ke Ambon. Kononnya pada malam tersebut Nabi Isa (Jesus Christ) akan turun di Ambon.

Ini berbeza dengan umat Islam yang banyak keluar dari Ambon untuk pulang berhari raya bersama sanak-saudara. Ketika ini nisbah orang Islam berbanding Kristian ialah 3 Muslim: 10 Kristian. Ketika umat Islam lain beriktikaf di masjid (qiamullail), pengganas Kristian membuat rancangan untuk menghabisi seluruh umat Islam ketika mereka bersolat Hari Raya. Ini kerana umat Islam akan bersolat di tengah padang, maka mudahlah disembelih beramai-ramai.
Dengan kuasa Allah SWT Yang Maha Mengatur Rencana, entah bagaimana pengganas Kristian gagal menyerang pada masa yang ditetapkan. Inilah pertolongan Allah. Jika tidak, umat Islam seluruh Ambon telah lama pupus.

Namun begitu, serangan pengganas melanda pada pukul 3 petang, di kala umat Islam sedang berehat sesudah menunaikan solat fardhu Zohor. Serangan dilakukan di seluruh Ambon. Serangan pengganas begitu teratur dan rapi. Mereka dibahagikan kepada empat pasukan. Pasukan pertama adalah barisan pemanah. Anak-anak panah mereka tidak kosong, sebaliknya berisi racun dan ada yang berapi. Dengan itu, kebakaran cepat merebak.

Barisan kedua ialah pengganas bertombak dan berlembing. Barisan ketiga pula merupakan pengganas-pengganas Kristian yang berpedang dan berparang. Sementara barisan keempat ialah pengganas yang menyapu licin (mencuri) semua barang berharga milik orang Islam lalu membakar apa saja yang tertinggal. Umat Islam cuba membalas dengan bersenjatakan pisau dapur, batu-batu dan buluh runcing, namun dengan begitu mudah pertahanan mereka dirobohkan oleh pengganas. Bayangkan, ketika itu (mengikut nisbah), 30 pejuang Islam terpaksa berhadapan dengan 100 pengganas Kristian. Maka tewaslah orang-orang Islam dengan mudahnya.

Beginilah nasib yang akan menimpa umat Islam jika tidak ada membuat sebarang persediaan. Adakah kita telah melengkapkan diri dengan ilmu bertempur? Adakah masa kita di gelanggang beladiri dan majlis-majlis kerohanian (keagamaan) lebih banyak daripada di padang bola dan di depan televisyen? Adakah hubungan kita dengan Allah kini semakin rapat agar kita mudah diberi pertolongan ketika susah? Adakah kita pernah berdakwah kepada orang bukan Islam? Pernahkah kita berdakwah kepada orang Islam sendiri?

Kerana banyak orang Islam yang cedera parah, mereka terpaksa di hantar ke hospital. Malangnya hospital tersebut letaknya di perkampungan Kristian dan para pekerjanya juga beragama Kristian. Sampai sahaja di sana, kesemua Muslim yang cedera telah dilanyak dan dibunuh dengan lebih mudah.

Sebulan sebelum serangan dilakukan, petugas beragama Kristian telah mengenalpasti identiti agama ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi. Pada masa serangan dilakukan, ibu-ibu Islam ditempatkan dalam sebuah bilik. Perut-perut mereka dibelah dengan pedang dan anak dalam kandungan dikeluarkan lalu dipotong-potong.

Setelah perut ibu-ibu Muslim itu dibelah, bayinya dikeluarkan dan dipotong-potong, pengganas Kristian memasukkan kucing-kucing yang masih hidup ke dalam perut mereka lalu menjahitnya kembali. Apalagi, menggeleparlah kucing itu di dalam perut membuatkan ibu-ibu Muslim tadi mati dalam keadaan yang amat menyiksakan. Hanya Allah saja yang tahu mengapa segala musibah ini diturunkan kepada masyarakat Islam Ambon.

Orang-orang Islam membuat tiga benteng pertahanan iaitu di Masjid An Nur, persimpangan Masjid Al Fatah dan yang terakhir sekali di Masjid Al Fatah sendiri yang menempatkan orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak.

            Gelombang serangan pengganas Kristian yang begitu besar dan lengkap peralatannya menyebabkan pertahanan di Masjid An Nur roboh. Para pejuang Islam berundur ke persimpangan jalan sementara Masjid An Nur dibom pengganas. Pertahanan di simpang jalan juga tidak lama kerana banyak pejuang Islam yang syahid dan cedera. Saki-baki pejuang terpaksa mempertahankan kubu terakhir mereka iaitu Masjid Al Fatah. Ketika ini para mujahiddin berperang sambil menangis kerana terlalu sedih dan amat mengharapkan pertolongan Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

            Mereka yang lemah di dalam masjid berdoa beramai-ramai dengan sepenuh hati. Fikir mereka, kali ini habislah umat Islam Ambon seluruhnya. Dengan kuasa Allah Yang Maha Besar, pertolongannya tiba di saat-saat segenting itu. Orang-orang melihat ada cahaya biru yang jatuh ke kubah Masjid Al Fatah.
            
            Entah dari mana dengan tiba-tiba sahaja ribuan kanak-kanak kecil yang berjubah keluar dari dalam Masjid Al Fatah lalu membuat benteng pertahanan di sekitar masjid. Mereka dipimpin oleh seorang tua. Orang tua itu bertakbir, semua kanak-kanak kecil turut bertakbir.

            Gerombolan pengganas Kristian tiba. Mereka menyerbu benteng kanak-kanak kecil tadi tetapi gagal kerana tiada keizinan Allah SWT Yang Maha Gagah.  Kanak-kanak itu tidak lut ditikam, ditetak ataupun dipanah. Para pengganas Kristian gempar lalu berundur ke tempat masing-masing. Umat Islam di dalam masjid melakukan sujud syukur di atas pertolongan Allah itu.

            Esoknya heboh diperkatakan orang Islam dan orang Kristian tentang kanak-kanak kecil tersebut. Orang ramai menyangkakan semua kanak-kanak itu disimpan di dalam Masjid Al Fatah. Sebenarnya Imam masjid sendiri tidak tahu dari mana datangnya. Tidak syak lagi… mereka ialah tentera-tentera Allah Yang Maha Besar Kerajaan-Nya.
            
            Dalam satu peristiwa lain, seramai tujuh puluh pemuda berjubah dari sebuah perkampungan bergerak menuju Ambon kerana mereka mendengar khabar angin mengatakan Masjid Al Fatah telah hancur dan imamnya dibunuh. Apa gunanya lagi hidup jika sudah demikian keadaannya. Mereka berjalan berpuluh-puluh kilometer melalui hutan dan gunung-ganang agar tidak bertembung dengan pengganas Kristian. Bukan bermaksud mereka takut tetapi mereka enggan bertempur di luar kota Ambon. Hasrat mereka adalah untuk mengamok di dalam kota.

            Sungguhpun demikian, mereka dipertemukan Allah juga dengan pengganas Kristian dari sebuah perkampungan. Setelah disekat, mereka pun tiada jalan lain melainkan jihad menggunakan senjata. Dengan izin Allah SWT Yang Maha Hidup, seluruh perkampungan itu bersama para pengganas dibereskan dalam masa setengah jam sahaja. Lima buah gereja turut dibakar hangus.
            
            Pihak keselamatan (polis) Ambon yang 70% beragama Kristian merasa gentar dengan tentera Allah ini lalu cuba menyekat dengan senjata api. Sebagaimana yang kita sedia maklum, polis-polis beragama Islam pulang berhari raya ke kampung masing-masing. Mudahlah mereka bertindak sewenang-wenangnya.


            Para pejuang terpaksa bertahan apabila ditembak bertalu-talu sedangkan mereka hanya bersenjatakan alatan perang tradisional. Mereka ditembak begitu lama sehingga habis semua peluru pihak keselamatan. Pihak keselamatan nampak pasukan pejuang masih kuat lalu cuba menyekat dengan cara lain pula.

            Mereka meminta jasa baik seorang ulama Islam tempatan untuk memujuk para mujahiddin membatalkan hasrat mereka. Ulama itu sedia bekerjasama agar jalan perbincangan dapat dibuka dan keganasan dihentikan. Dia menemui para pejuang dan memberi jaminan bahawa Masjid Al Fatah masih teguh dan imamnya masih hidup. Para pejuang bersetuju untuk pulang ke daerah mereka.

            Pihak polis Kristian memeriksa medan pertempuran tetapi gagal menemui sebarang mayat pejuang Islam. Darah mereka pun tidak ada tinggal kesannya. Rupa-rupanya kesemua tujuh puluh pemuda itu selamat pulang dengan sejahtera. Hanya pokok-pokok pisang yang tumbang. Mereka sangat hairan dngan peristiwa tersebut. Ketahuilah, segala yang mustahil akan menjadi kenyataan atas kemahuan Allah SWT.

Rupanya sewaktu pihak polis Kristian menembak ke arah tujuh puluh pemuda tersebut, mereka lihat pejuang-pejuang Islam berjumlah ribuan orang dan dipimpin oleh seorang tua yang menunggang kuda putih. Oleh itu pihak polis pergi ke kampung halaman pemuda-pemuda itu untuk menangkap orang tua berkuda putih itu. Hasilnya, mereka bertambah hairan kerana tidak ada orang tua di sana dan tidak ada seorangpun yang memelihara sebarang kuda. Jadi, siapakah orang tua berkuda putih itu?

ALLAHUAKBAR!!!

Marilah sama-sama kita menyedekahkn AL-FATIHAH buat semua para syuhada yang telah mati syahid di atas jalan Allah di Ambon..

Semoga roh mereka dirahmati Allah S.W.T..

Amin..

Hati Seorang Kekasih Lelaki…

December 5th, 2006 by cayroll

Hati Seorang Kekasih Lelaki

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ni, tiba-tiba semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya

Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat ape sahaja utk kekasihnye. sekeras manepun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hati dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah, diantara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnye dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnye dan berubah menjadi org yg kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnye kerana dia sayangkan kekasihnye

4. Dia akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnye kerana perasaan cemburunye yg meluap-luap

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnye

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnye kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnye.

8. Dia
mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnye tidak menumpukan sepenuh perhatian padanye.

9. Adakalanye dia seperti seorg anak kecil yg meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnye melayannye lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup menbantu kekasihnye melakukan ape saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnye.

12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnye berjauhan daripadanye terlalu lama

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnye.

14. Dia
mementingkan kekasihnye dari dirinye sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakan kekasihnye mencintainye kerana dia merasa kasihnye lebih kuat dari kekasihnye

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannye.

17. Dia akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnye walaupun terpaksa menunggu kekasihnye dengan sabar

18. Dia membanggakan kekasihnye depan org lain.

19. Kalau dia ditinggalkan oleh kekasihnye, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanye.

20. Apabila timbul org kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat pe saja utk merebut kembali kekasihnye.

21. Dia menganggap kekasihnye sebagai org yg paling dipercayainye dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang pada kekasihnye namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinye belum 100% mencintai kekasihnye.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya utk seorg perempuan…